Cara letakkan lagu dalam blog anda

Tips untuk blogger baru.

Cara  untuk letakkan lagu dalam blog anda sebenarnya bukanlah susah sangat. Seminit saja anda dapat melakukannya walaupun untuk blogger baru.

Berikut ini caranya. Pertama sekali anda mesti ada blog.. so pergi sign untuk blog dulu. Pilih mana-mana blog percuma yang disediakan misalnya blogspot atau wordpress. Kemudian apabila sudah sign up blog itu baru anda boleh mula mengepos.

Anda tulislah apa-apa saja yang anda suka pada blog tersebut dan kemudian bila tiba masanya meletak lagu, anda google saja lagu yang anda suka. Antara tempat yang membenarkan anda mendengar lagu dan menonton video muzik percuma adalah seperti You Tube, Daily Motion dan lain-lain lagi.
Oleh itu pilihlah apa yang bersesuaian dengan citarasa anda. Di sini saya bagi contoh video You Tube. Bila sudah buka video itu, di bwahnya anda akan dapat lihat icon 'embed'. Jadi klik ikon ini dan kemudian beberapa saat lepas itu ia akan memaparkan satu kod html yang berbelit-belit dan agak memeningkan kepala,

Ini contoh kodnya:
...iframe allowfullscreen="" frameborder="0" height="390" src="http://www.youtube.com/embed/KEzWTREa3aw?rel=0" title="YouTube video player" width="640">

p/s: kod di atas saya ambil daripada lagu kisah dongeng stacy, jika suka lagu ini, silalah copy kod ini tapi pastikan di  depan iframe itu diletakkan simbol < dan diakhir sekali kod letak >.

Tapi jangan risau kerana anda tidak diwajibkan pun memahami kod itu. Anda hanya perlu pilih saiz video yang anda suka contohnya 560x349. Anda juga boleh meletakkan saiz yang disukai pada tempat kosong yang tersedia.

Okey, setelah mendapat saiz video lagu yang diingin dan sesuai dengan blog anda, anda bloeh copy atau bahasa melayu nya salin kod itu. Setelah selesai anda kembali ke tempat posting blog anda dan terus paste. Dan selepas itu publish atau terbitkannya.
Anda pasti akan dapat hasil yang memuaskan:)

Tags:Cara letakkan lagu dalam blog anda, letak video youtube di blog, tips blogger, how to put music, Cara letakkan lagu dalam blog anda, tips mudah letak lagu di blog

1 comment: